Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, bantuan yang diagihkan adalah barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak dan kopi.

Sumbangan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat terutama bagi penduduk yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.

Kita telah agihkan sebanyak 700 sumbangan kepada semua yang memerlukan tanpa mengira ideologi politik dan jumlah selebihnya akan diagihkan dari rumah ke rumah bagi pesakit kronik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Kempen Program Pembangunan Risda 2018 peringkat Parlimen Machang di Sekolah Kebangsaaan Pangkal Meleret di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE