Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

700 warga Johor Bahru hadir ceramah Ustaz Kazim Elias

Ceramah Perdana berjudul 'Guru Oh Guru' 2
Mohd. Kazim sewaktu menyampaikan ceramahnya pada program malam ini. - UTUSAN ONLINE

JOHOR BAHRU 12 Mei - Kira-kira 700 warga negeri ini menghadiri ceramah perdana berjudul 'Guru Oh Guru' yang disampaikan oleh pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias di Padang A, Angsana Mall Johor Bahru, malam ini.

Ceramah tersebut diadakan sempena Festival Hari Guru Kebangsaan 2017 anjuran Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kumpulan Utusan yang bermula hari ini hingga Selasa depan.

Dalam ceramahnya, Mohd. Kazim antara lain memberitahu, skop tugas guru itu bukan hanya golongan pendidik yang mengajar di sekolah atau institusi pengajian sebaliknya individu yang memberi manfaat kepada pihak lain.

"Kelebihan menjadi guru ini pula pahalanya cukup besar kerana tiga amalan sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak-anak soleh yang boleh dibawa hingga meninggal dunia.

"Atas sebab itu, semua pihak termasuk ibu bapa perlu menggunakan gelaran yang sesuai kepada guru dan bukan memanggil nama sahaja meskipun guru itu telah bersara bagi mengekalkan keberkatan ilmu yang diajar," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain