Pada kali ini, pihak penganjur iaitu Pusat Informasi Islam Sarawak (SIIC) dan Rumah Ngaji Sarawak memilih mengadakan program tahunan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) AgamaTun Ahmah Zaidi di Jalan Sultan Tengah di sini.

Program yang semakin mendapatkan sambutan ini dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan diteruskan dengan sesi perkongsian Surah An-Naml tentang nilai-nilai yang terdapat dalam Surah An-Naml iaitu surah ke-27 dalam al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Razalie Hussaini dari Jabatan Mufti Negeri Sarawak.

Selesai sesi perkongsian surah, acara diteruskan dengan bacaan Juzuk Ammar beramai-ramai.

Program Malaysia #QuranHour anjuran SIIC dan Rumah Ngaji Sarawak ini diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan al-Quran dan menghayati setiap pengajaran serta nilai murni yang terdapat di dalamnya. - UTUSAN ONLINE