Pangarah Pendidikan negeri, Shaari Osman berkata, sebanyak 22 daripada 123 sekolah mencatatkan keputusan 100 peratus lulus iaitu melepasi syarat lulus untuk subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.

Katanya, seramai 16,230 calon daripada 19,593 yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil sekali gus mencatatkan kelulusan keseluruhan negeri ini sebanyak 82.24 peratus

“Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) negeri pada tahun ini adalah 4.85 sekali gus mengatasi GPS nasional iaitu 5.10,” katanya dalam pengumuman keputusan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Puan Habshah, di sini hari ini.

SMK tunku Puan Habshah menunjukkan peningkatan membanggakan dengan kelulusan 87.72 psratus dan GPS 4.89 berbanding tahun lalu yang hanya lulus 71.93 peratus dan GPS 6.09 sekali gus berada di kedudukan 40 sekolah terbaik di negeri ini. - UTUSAN ONLINE