Kira-kira 200 penerima mula beratur seawal pukul 10 pagi di sini membabitkan tujuh kaunter yang dibuka termasuk satu kaunter bagi penerima dalam kategori orang kurang upaya (OKU).

Terdapat empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat pada hari ini iaitu Pantau Kundor, Sungai Udang, Klebang dan Paya Rumput.

Kaunter BR1M di sini akan dibuka sehingga pukul 2 petang ini dan sekiranya ada di antara penerima yang tidak hadir, BR1M milik mereka akan dipulangkan di kawasan Japerun masing-masing untuk diuruskan. - UTUSAN ONLINE