Pada majlis tersebut, seramai 300 daripadanya menerima Diploma Kemahiran Malaysia hasil daripada program Pengiktirafan Pencapaian Pengalaman Terdahulu (RPEL) yang dilancarkan pada 2 Februari lalu.


Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata, penganugerahan tersebut sekali gus mampu memberi peluang kepada anggota dan veteren ATM untuk mendapat pekerjaan serta pendapatan yang berimpak tinggi.


“Saya amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh Perhebat dalam pembangunan modal insan veteren ATM dan secara langsung turut serta bagi menjana pembangunan sosio ekonomi negara secara inklusif.


“Transformasi kepada penawaran kepelbagaian latihan kepada veteren ATM telah menunjukkan bahawa Perhebat berkemampuan untuk menyediakan modal insan yang berdaya saing tinggi bagi pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Konvokesyen Perhebat ke-49 dekat sini hari ini.


Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Ismail Abd Muttalib. - UTUSAN ONLINE