Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

62,000 guru di Selangor bakal terima komputer tablet

Penolong Pengurus Audit Dalaman Utusan Melayu (M) Bhd., Azman
Penolong Pengurus Audit Dalaman Utusan Melayu (M) Bhd., Azman Jusoh (dua dari kanan) bersama Penyelia Maklumat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang, Mohd. Adid Ismail (dua dari kiri) dan para pegawai PPD Klang pada majlis penyerahan tablet di SMK Pulau Ketam, Klang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 17 April – Kira-kira 62,000 guru di sekitar Se­langor akan menerima komputer tablet yang dilengkapi perisian Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kumpulan Utusan dalam satu kenyataan memberitahu, sebagai permulaan kira-kira 80 guru di Pulau Ketam dan 2,500 guru di daerah Sabak Bernam menerima tablet mereka mulai hari ini.

“Pemberian tablet itu diteruskan ke Selangor selepas Sarawak dan Kuala Lumpur. Tablet yang menjadi milik peribadi guru itu diberikan kerajaan Persekutuan sebagai tanda penghargaan kepada mereka di atas jasa yang dicurahkan dalam mendidik anak bangsa.

“Dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah penting untuk mereka meningkatkan kompetensi selain menjadi pemangkin untuk terus kreatif dan inovatif,” katanya.

Jelas kenyataan tersebut, ta­b­let yang dilengkapi perisian Tutor Guru itu mengandungi hampir 16,000 soalan pelbagai aras termasuk yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

“Guru boleh mengaplikasikan Tutor Guru untuk mencipta Lembaran Kertas Digital (LKD) yang mengandungi soalan latihan, sumber rangsangan multimedia serta jawapan bagi soalan latihan.

“Kemudahan itu akan memberi ruang kepada guru untuk menggunakan kreativiti mereka bagi meneroka maklumat tambahan dan menggalakkan penglibatan murid di dalam kelas,” katanya.

Tambahnya, melalui tablet tersebut guru boleh menjimatkan masa untuk menyediakan kertas soalan dan mereka boleh mempelbagaikan bahan pengajaran dengan lebih interaktif dan me­ringankan beban tugas guru.

“Pemberian tablet akan dite­ruskan ke semua daerah di Se­langor dan dijangka tamat pada pertengahan Mei ini,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain