Daripada jumlah tersebut, enam orang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Enam penerima SSAP ber­kenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri; Penasihat Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar; Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Istana Kehakiman Putrajaya, Datin Latifah Mohd. Tahar; Profesor Perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Islam (UIAM) Gombak, Mohd. Akhram Shair Mohamed; Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Datuk Dr. Mushrifah Idris dan Profesor Kejuruteraan Elektrik dan Komputer UIAM Gombak, Prof. Ir. Datuk Seri Dr. Mashuki Yaacob.

Seramai 28 orang menerima Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman; Yang Mulia Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim; Pegawai Kemajuan Negeri Pahang, Datuk Zulkifli Yaacob; Ketua Pengarah Jabatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Shahnaz Murad dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid.

Seramai 34 orang dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 126 menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DSAP ialah Timbalan Panglima Tenteta Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan; Timbalan Ketua Setia­usaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan, Hasnol Zam Zam Ahmad; Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri, Mohd. Yazid Ramli dan Timbalan Pengarah Besar Felda, Ab. Ghani Mohd. Ali.

Penerima DIMP pula ialah Ahli Dewan Negara, Senator Norahan Abu Bakar; Pengarah Pertanian Negeri Pahang, Mohd. Anim Hosnan; Pegawai Daerah Kuantan, Zaliza Zulkifli; Pegawai Daerah Rompin, Mohd. Zulkifli Hashim; Duta Malaysia ke Kesultanan Oman, Shahril Effendi Abd. Ghany; Setiausaha Sulit Kepada Menteri Besar Kedah, Armishah Siraj; Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah dan Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan.

Sebanyak 41 orang menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (66 orang), Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (46 orang) dan 42 orang pula meneri­ma Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Selain itu, 57 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (61 orang) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (106 orang).

Sementara itu, seramai 104 orang termasuk senarai penerima sebelum ini akan dikurniakan pingat dan darjah kebesaran Sultan Pahang esok.

Daripada jumlah itu, 26 orang menerima SSAP, SIMP (14 orang), DSAP (11 orang) dan seramai 53 orang menerima DIMP.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat itu akan diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan dekat sini.

Mendahului senarai penerima SSAP esok adalah Nancy; Timbalan Yang di Pertua Dewan Rak­yat, Datuk Ismail Mohamed Said; Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Yang Mulia Raja Datuk Karib Shah Raja Shahrudin; Ahli Parlimen Rompin Me­rangkap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin dan Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Bung Moktar Radin.

Turut menerima SSAP Ahli Parlimen Tanah Merah merangkap Pengerusi Mara Incorporated, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz; Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Datin Latifah Mohd Tahar.

Penerima SSAP lain adalah Ke­tua Pengarah Pengairan dan Saliran Malaysia, Datuk Zulkefli Hassan; Timbalan Ketua Pengarah (Ba­ngunan) Jabatan Kerja Raya, Datuk Arkitek Dr. Amer Hamzah Mohd. Yunus dan Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Turut menerima DIMP esok bekas pemain hoki negara, Mir­ nawan Nawawi.