Amin Senin
AMIN SENIN

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, penguasaan calon dalam kemahiran menilai adalah paling tinggi, diikuti dengan kemahiran mencipta, menganalisis dan mengaplikasi.

“Sebanyak 70.1 peratus calon telah menguasai kemahiran menilai dan 63.2 peratus calon pula telah menguasai kemahiran mencipta.

“Manakala 56.9 peratus calon menguasai kemahiran menganalisis manakala 54.3 peratus calon menguasai kemahiran mengaplikasi,” katanya dalam sidang pengumuman analisa SPM 2018 di sini hari ini.

Menurut Amin lagi, kemahiran berfikir haruslah sentiasa dipupuk dalam diri calon sepanjang waktu persekolahan dan di rumah.

“Pembelajaran dan pengajaran (PdP) seharusnya menggalakkan calon berfikir melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran berasaskan inkuiri, projek, penyelesaian masalah, membuat keputusan, perbincangan, perbahasan dan lain-lain lagi.

“Selain itu, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam menyediakan ruang dan peluang untuk calon meningkatkan kemahiran berfikir.

“Penguasaan KBAT adalah penting kepada calon bagi memastikan mereka mampu untuk menghadapi cabaran dan bersaing di peringkat global,” katanya. - UTUSAN ONLINE