Program anjuran UMNO Parlimen Jasin itu diadakan bersempena majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Jasin yang disempurnakan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Hamzah.

Kesemua peserta terdiri daripada 400 peserta larian sejauh empat kilometer serta 200 peserta kayuhan santai sejauh tujuh kilometer dilepaskan Ahmad kira-kira pukul 4 petang.

Ahmad sebelum itu berkata, penganjuran program seumpama itu merupakan platform terbaik untuk meningkatkan semangat cintakan negara terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Program ini juga dapat meningkatkan semangat patriotik serta semangat kesukanan selain sejajar dengan matlamat negara untuk melahirkan generasi sihat,” katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Ghazale Muhamad, ADUN Merlimau, Datuk Roslan Ahmad dan ADUN Bemban, Datuk Ng Choon Koon. - UTUSAN ONLINE