Guru Besar SK Datu Hashim, Rohani Rajab berkata, program yang merupakan acara tahunan sekolah itu bertujuan menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan di peringkat sekolah.

Menurutnya, program ini juga menjadi simbolik ke arah melahirkan rasa cinta dan semangat juang kepada tanah air selain memberi pengetahuan awal mengenai sejarah kemerdekaan kepada semua pelajar.

“Larian sejauh kira-kira dua kilometer itu diadakan selepas acara senamrobik seawal pukul 9 pagi serta diawasi oleh guru dan mendapat kerjasama pihak polis.

“Terdapat pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya pertandingan mewarna; senamrobik merdeka; bicara tokoh kemerdekaan; pertandingan pakaian beragam dan persembahan lagu patriotik.

“Lebih membanggakan apabila anak-anak ini dengan sokongan ibu bapa turut mengambil inisiatif memakai pakaian yang berasaskan Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat patriotisme dan cintakan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan ‘Merdeka Run’ di SK Datu Hashim di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE