Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, seramai 571,993 orang pengunjung dicatatkan setakat pukul 3 petang tadi.

“Malah saya bangga menyatakan yang kita telah capai sasaran 500,000 orang pada hari ketiga ekspo.

“Secara purata kita mampu mencapai sehingga 15,000 pengunjung pada hari bekerja dan lebih 40,000 pengunjung sehari pada hujung minggu dan cuti umum,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Expo Negaraku 2017 di sini hari ini.

Eks­po Negaraku yang berlangsung selama 30 hari bermula 15 November lalu merupakan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mempamerkan projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang serta dilaksanakan demi menyediakan kehidupan yang selesa dan bermakna kepada rakyat negara ini. - UTUSAN ONLINE