MARY YAP
MARY YAP

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata, hasil rundingan dan pembayaran balik pinjaman memboleh jumlah yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM1.84 bilion.

Katanya, jumlah dikutip itu boleh dimanfaatkan demi menampung semula kira-kira 76,000 pelajar lain yang memohon pinjaman sehingga tamat pengajian.

“Penyenaraian nama bukan bertujuan untuk menghukum atau menindas, tetapi lebih kepada membantu dan mendidik peminjam PTPTN.

“Itu pun dilakukan selepas melalui beberapa peringkat termasuk menasihati peminjam agar membayar hutang selain diberikan tempoh dikecualikan membayar sehingga 12 bulan selepas menamatkan pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (Pas-Kuala Nerus) dalam sesi pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE