Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, persiapan tersebut dibuat dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini dibuat atas sebab kemanusiaan. Apabila satu kumpulan di dunia yang memerlukan bantuan dan kita mampu untuk beri pertolongan, tiada salah untuk kita tampil ke hadapan.

“Kita akan tempatkan pegawai perubatan seberapa lama yang diperlukan dan sekiranya lama, mungkin kita akan hantar secara bergiliran,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka MIC di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE