Ketua Pegawai AADK Bachok, Rusdi Yusof berkata, program tersebut adalah sebahagian daripada pengisian menerusi program khas rawatan dan pemulihan penagih dadah yang dilaksanakan pihaknya.

“Mereka berkumpul di masjid sejak pukul 6 petang dan mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan.

“Pegawai AADK turut menyampaikan tazkirah bertajuk Hijrah Daripada Dadah Satu Permulaan Kejayaan. Manakala program qiamullail pula bermula pada pukul 3.30 pagi diketuai oleh Imam masjid berkenaan, ustaz Baharin Yusof,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambah Rusdi, penerimaan orang ramai terhadap OKP yang menyertai program tersebut diharap dapat memberi semangat kepada mereka untuk memulakan kehidupan baharu tanpa dadah. - UTUSAN ONLINE