Menerusi program sehari itu, kesemua kanak-kanak yang merupakan ahli kelab Dr. Little berusia antara 6 hingga 12 tahun berpeluang melihat sendiri dunia sebagai pakar perubatan termasuk bayi yang baru dilahirkan di hospital tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif HPAK, Tan Yew Aik berkata, sepanjang program, peserta diajar mengenai maklumat asas kesihatan dan rawatan perubatan secara santai melibatkan beberapa bidang antaranya kebersihan tangan dan mulut, fungsi tubuh badan, pemeriksaan mata, pertolongan cemas serta sesi rundingan antara doktor dan pesakit.

"Menjadi seorang doktor adalah antara kerjaya yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak dan untuk itu PHAK menyediakan platform bagi mereka untuk mencontohi model profesion ini bagi memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mengejar impian mereka.

"Pihak kami berharap program ini dapat memberi suntikan semangat kepada peserta kanak-kanak ini dan berharap dapat menganjurkan aktiviti seperti ini untuk ahli kelab Dr. Little," katanya.

Program 'Doctor For A Day'

SEBAHAGIAN daripada 60 kanak-kanak yang menyertai program 'Doctor For A Day' anjuran Pantai Hospital Ayer Keroh (PHAK) di Ayer Keroh, Melaka, hari ini. - UTUSAN ONLINE/SUFFIAN ABU BAKAR

Kelab Dr. Little adalah program percuma yang ditawarkan secara eksklusif kepada pesakit hospital dan ia sah sehingga pesertabelum mencecah usia 13 tahun. Mereka yang berminat untuk mendaftar boleh melayari laman web di https://www.pantai.com.my/drlittle/joinus. - UTUSAN ONLINE