Walaupun sebuah trak dan kenderaan polis dilihat meninggalkan kediaman Najib namun proses menggeledah yang dilakukan untuk 'mencari sesuatu' masih diteruskan di Jalan Langgak Duta, di sini hari ini.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, pasukan polis yang hadir sejak pukul 10 malam semalam berpecah kepada beberapa pasukan.

Menurutnya, polis telah membuka beberapa peti barang peribadi yang siap dibungkus dan dibawa Najib dari kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

“Proses pencarian berterusan sehingga subuh sebelum tiga peti mengandungi barang peribadi termasuk beg tangan dan pakaian yang disusun serta dibungkus kemas dalam kotak turut diambil polis.

“Polis ada berkata bahawa mereka akan meninggalkan premis selepas kotak terakhir dibungkus pada pukul 5 pagi namun sehingga kini masih ada beberapa polis di luar premis sehingga sekarang," katanya di sini. - UTUSAN ONLINE