Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya itu, dia mula membaca al-Quran ketika berusia enam tahun dan khatam buat kali pertama setahun kemudian.

Tambahnya, dia amat teruja apabila setiap tahun diraikan pada majlis Khatam Quran di sekolahnya di sini dalam program Ihya’ Ramadan yang dianjurkan.

“Saya berazam untuk memperbaiki bacaan pada masa depan dan masih belum puas hati biarpun telah khatam enam kali.

“Pada masa sama, saya juga berhasrat untuk menghafaz Quran pada masa depan,” katanya ketika ditemui pada program World #Quran Hour di sini hari ini.

Sebanyak 500 murid tahun empat, lima dan enam menyertai program itu yang turut diisi dengan pelbagai aktiviti. - UTUSAN ONLINE