Mahdzir Khalid
MAHDZIR KHALID

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sasaran itu bagi membolehkan lebih ramai guru serta pelajar terutama di kawasan luar bandar menikmati kemudahan internet bagi meningkatkan pengetahuan Teknologi Maklumat (IT) yang semakin berkembang pesat.

"Ini adalah salah satu aspek yang diambil berat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan beliau mahukan dalam arena pendidikan ini supaya ada peningkatan dari segi penggunaan IT, digital dan ada penguasaan ilmu digital yang lebih di kalangan pelajar sekolah.

"Justeru, untuk tahun 2017 dan 2018, KPM telah memberi satu KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kepada 1BistariNet supaya bandwidth connectivity ini ditingkatkan terutama di sekolah-sekolah di luar bandar," kata Mahdzir selepas merasmikan Majlis Tadarus Al-Quran Perdana peringkat Parlimen Padang Terap di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pada masa ini masih terdapat sekolah di Sabah, Sarawak termasuk di semenanjung menggunakan Very Small Aperture Terminal (VSAT) dengan tahap capaian jalur lebarnya masih rendah antara 2Mbps hingga 4Mbps.

"Kalau sekolah yang berada 4Mbps kita upgrade 8 ke 10Mbps untuk membolehkan guru-guru mencapai tahap capaian internet yang laju, kerana kita hendak anak-anak di sekolah luar bandar faham online system yang telah menjadi salah satu keperluan hidup yang ada pada hari ini," katanya. - BERNAMA