Pelepasan peserta pada pukul 8 pagi itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin.

Yang hadir sama Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar; Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Holding Berhad, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.

Program berjalan kaki sejauh 3.8 kilometer itu sempena MSAM 2017 yang bermula 20 April ini.

MSAM 2017 yang bertemakan ‘Pelaburan 360 Hari’ akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 April manakala majlis penutup dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - UTUSAN ONLINE