Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah pengusiran tertinggi adalah pada 2015 dengan melibatkan sebanyak 27,769 PATI.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri memberitahu,

kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing Sabah (JKPWAS) pada 2014 susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing di Sabah

“Kesungguhan jawatankuasa tersebut untuk mengatasi masalah kebanjiran PATI di Sabah dapat dilihat daripada jumlah mereka yang telah diusir.

“Jawatankuasa ini juga telah menjalankan kerjasama dengan kerajaan Filipina bagi mempercepatkan pengeluaran dokumen perjalanan kepada PATI yang diusir dalam tempoh dua hingga tiga minggu berbanding dua bulan sebelum itu,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 bagi Kementerian Dalam Negeri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE