54 pelajar diberi tajaan JPA
 

Kalangan 10 universiti teratas dunia itu antaranya termasuk Universiti Oxford dan Universiti Cambridge di United Kingdom (UK).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dolah berkata, baki 41 pelajar pula diberikan biasiswa penuh di universiti awam atau swasta dalam negara.

“Sebelum ini pada 2016 kita tidak teruskan kerana ada kekangan kewangan jadi kita banyak letakkan pelajar-pelajar ini ke dalam negara untuk meneruskan pendidikan mereka.

“Tapi apabila dilihat keadaan sekarang ini, yang telah melalui proses ini kita boleh berikan dan ini telah pun diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program My Best Buy [email protected] JPA4U Bersama KPPA 2018, di sini hari ini.

Dilaporkan sebelum ini, 63 pelajar tersebut memohon biasiswa daripada JPA untuk mengikuti pengajian di luar negara.

Mereka telah menyerahkan petisyen tiga bulan lepas dan dimaklumkan mereka perlu menunggu bagi kertas laporan dibentangkan kepada Kabinet.

Pelajar itu bagaimanapun dilaporkan tidak menerima sebarang maklum balas daripada JPA, selepas jabatan itu menyatakan pihaknya sedang menunggu untuk membentangkan kertas laporan kepada Kabinet. - UTUSAN ONLINE