Agensi Pencegahan Bencana Vietnam melaporkan, sebelum ini Difahamkan wilayah utara Hoa Binh paling teruk terjejas lima lagi lokasi lain.

“Hujan lebat tanpa henti menyebabkan banjir besar dan kejadian tanah runtuh di beberapa tempat.Kami menggerakkan semua pasukan keselamatan untuk mencari mangsa hilang, ketika pihak berkuasa bertungkus lumus mencari mangsa hilang,” katanya.

Sebelum ini, agensi berita tempatan, seramai 19 orang dari empat isi rumah di Hoa Binh maut tertimbus tengah malam kelmarin namun hanya sembilan mayat berjaya ditemui setakat ini.

Sebanyak 317 rumah telah runtuh akibat banjir dan tanah runtuh minggu ini manakala lebih daripada 34,000 rumah lain telah tenggelam atau rosak. - REUTERS