54,828 calon UPKK dapat 8A
Jamil Khir Baharom

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu seramai 46,461 calon mendapat 8A.

“Calon boleh mendapat penyata keputusan peperiksaan UPKK mulai pukul 2 petang ini di sekolah masing-masing,” katanya pada majlis pengumuman keputusan UPKK 2017 di sini hari ini.

Murid boleh menyemak keputusan peperiksaan secara dalam talian di http://semakan.islam.gov.my atau khidmat pesanan ringkas ke 15888 bermula pukul 11pagi ini sehingga pukul 5 petang pada 5 Februari ini.-UTUSAN ONLINE