Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Tan Sri Mohamad Aziz, khairat tersebut disampaikan ke rumah jemaah haji berkenaan dan setiap keluarga menerima RM1,500 selain mendapat sumbangan air zam zam dan kurma.

“Kita harap keluarga jemaah haji yang meninggal dunia bersabar dan reda dengan ketentuan ini. Kebanyakan mereka yang meninggal dunia di Mekah adalah atas faktor kesihatan.

“Daripada 53 jemaah haji seluruh negara yang meninggal dunia di Mekah pada tahun ini, lapan daripadanya adalah dari Johor antaranya di Segamat, Rengit dan Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan khairat kematian dan sumbangan itu kepada keluarga Rahmat Mohd. Amin di Taman Desa Perwira di sini sebentar tadi.

Rahmat, 73, yang berlepas ke Tanah Suci bersama-sama isteri, Azizah Tambul, 64, pada 12 Ogos lalu merupakan seorang daripada jemaah haji negeri ini yang meninggal dunia pukul 8.45 pagi waktu Arab Saudi pada 13 Sepetember lalu. - UTUSAN ONLINE