Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

53,608 calon duduki UPSR di Johor

UPSR
SEORANG murid pendidikan khas, Nur Amalina Noordin membaca doa sebelum menerima kertas soalan Bahasa Melayu dalam peperiksaan UPSR di SK Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, hari ini. - UTUSAN

JOHOR BAHRU 11 Sept. - Seramai 53,608 calon menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini melibatkan 947 buah pusat peperiksaan di negeri ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 34,828 adalah calon Sekolah Kebangsaan (SK), 16,087 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), 1,833 calon Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) manakala 860 lagi merupakan calon sekolah swasta.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Rendah Johor Bahru, Sari’at Mokmin berkata, untuk daerah Johor Bahru terdapat 11,208 calon daripada 98 buah sekolah menduduki peperiksaan tersebut.

“Terdapat tiga calon menduduki peperiksaan di hospital, iaitu dua orang di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan seorang di Hospital Columbia,” katanya selepas meninjau 135 calon UPSR di SK Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain