Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agung berkata, bagi membantu peniaga kecil dalam talian, pihaknya menawarkan insentif yang memfokuskan aspek pendidikan dan kemahiran seperti latihan lapangan, simulasi, strategi pemasaran digital melalui media sosial dan perniagaan yang efektif.


Selain itu, katanya, agensi-agensi lain turut menawarkan program dan latihan kepada golongan tersebut seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ( MDEC) yang telah membantu seramai 51,203 usawahan muda dan desa mengikuti kursus e-Usahawan sepanjang tahun lalu.


“Kira-kira 30 peratus daripada peserta kursus berkenaan telah mula melaporkan jualan tambahan keseluruhan berjumlah RM48 juta,” katanya ketika sesi soal jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE