Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara keseluruhan, sebanyak 192,402 pasport Malaysia yang hilang direkodkan dalam pengkalan data tersebut.

"Jumlah itu adalah kira-kira 0.25 peratus daripada keseluruhan 76 juta pasport yang hilang di seluruh dunia.

"Kerajaan memandang serius terhadap perkara ini. Setiap pasport Malaysia yang dilaporkan hilang akan dibatalkan serta-merta," katanya dalam sidang akhbar bersama media Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menghadiri majlis pembukaan Perhimpunan Agung Interpol Ke-86 yang dirasmikan oleh Presiden China, Xi Jinping. - UTUSAN ONLINE