Daripada jumlah tersebut, 45,244 adalah calon sekolah kerajaan, 940 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), 129 calon sekolah agama kerajaan negeri, 3,922 calon sekolah swasta dan 2,142 calon persendirian.

Serentak itu seramai 19,487 calon di negeri ini menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga selama 13 hari yang bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya sudah mengambil langkah persediaan bagi menghadapi kes-kes luar jangka semasa musim peperiksaan seperti banjir, jerebu, wabak penyakit dan sebagainya.

“Jabatan Pendidikan Negeri Johor mengambil langkah-langkah rapi dengan mengadakan bilik-bilik khas, kuarantin di pusat-pusat peperiksaan dan prosedur-prosedur yang tersusun sebagai langkah kawalan. 

“Jabatan Pendidikan juga telah mengeluarkan surat dan pekeliling kepada semua pengetua sekolah negeri Johor mengenai langkah-langkah itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau permulaan peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti, Skudai, dekat sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE