Program berkenaan bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 1 petang.

Antara acara diadakan Halaqah Tadarus, khatam al-Quran dan bacaan surah al-Hujurat.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM Kuantan, Dr. Hasbullah Mohamad.

Sementara itu, Hasbullah yang juga penyelaras program itu berkata, pemilihan surah al-Hujurat sesuai dengan situasi semasa yang menuntut setiap rakyat memastikan kesahihan sesuatu berita.

“Dalam pada, ia juga menggambarkan cara kita berinteraksi sesama muslim dan orang bukan Islam dengan beradab,” katanya ketika ditemui

pada majlis berkenaan - UTUSAN ONLINE