Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

500 OKU khatam al-Quran Braille catat MBOR

ROSMAH MANSOR bersama para peserta cacat penglihatan menjayakan
ROSMAH MANSOR bersama para peserta cacat penglihatan menjayakan program khatam al-Quran di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN

KUALA LUMPUR 5 Mac – Cacat penglihatan bukan penghalang kepada 500 orang kurang upaya (OKU) untuk mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai penyertaan teramai sempena penganjuran program khatam al-Quran menggunakan Braille.

Program anjuran Persatuan Ge­rak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) dan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) itu bertujuan mengeratkan silaturahim antara golongan OKU dan masyarakat.

Pengerusi Gerakwanis, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, aktiviti tersebut diadakan serentak dengan program Selawat Perdana yang turut disertai lebih 2,500 orang terdiri daripada masyarakat setempat, pelajar tahfiz dan anak-anak yatim.

“Ini merupakan kali pertama kami adakan majlis khatam al-Quran menggunakan Braille dan yang paling ramai disertai OKU cacat penglihatan.

“Kami berasa bangga dengan pencapaian tersebut dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Muadz bin Jabal di sini, hari ini.

Program bermula pukul 8 pagi itu dihadiri oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang turut tidak ketinggalan khatam al-Quran bersama para peserta.

Sementara itu, seorang peserta OKU, Abdul Muiz Shafie, 20, memberitahu, dia berasa sa­ngat gembira apabila berpeluang khatam al-Quran secara beramai-ramai sekali gus mencipta rekod dalam MBOR.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain