Penyampaian sumbangan sebanyak RM200 seorang itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garuda.

Yang hadir wakil Yayasan Pahang (YP), Norlatipah Alias.

Sumbangan itu sebagai galakan daripada YP dan kerajaan negeri kepada murid dan pelajar berkenaan untuk terus belajar bersungguh-sungguh di samping meringankan beban ibu bapa menjelang sesi baharu persekolahan minggu depan. - UTUSAN ONLINE