Pengurus Besar Kesatuan Dev Yapi-Is, Ozgur Karabulut berkata, bantahan berlaku selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ulang-alik, semalam yang menyebabkan 17 pekerja cedera.

Katanya, ini mengakibatkan ratusan pekerja menyertai demonstrasi berkenaan dan ia dileraikan oleh pihak polis, termasuk menggunakan kenderaan anti rusuhan dan gas pemedih mata. - REUTERS