Lebih istimewa majlis yang diadakan dalam suasana santai di lokasi terbuka itu turut dihadiri Menteri Besar, Aminuddin Harun dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abd. Ghani.

Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama badan bukan kerajaan, Waghih Nismilan itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan persefahaman antara satu sama lain.

Terdahulu, diadakan gotong-royong memasak dan mengedar 2,000 bungkus bubur lambuk kepada pengunjung oleh Aminuddin dan Mohamad Taufek.

Selain itu, turut diadakan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan.

Pengunjung juga mendirikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh imam dari Syria, Said Arsyed. - UTUSAN ONLINE