Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah itu sekali gus menunjukkan manifestasi rakyat yang terus menerus menyokong golongan peladang, penternak dan nelayan yang terlibat dalam sektor pertanian.

Katanya, penyertaan golongan muda juga mencecah 40 peratus walaupun sebelum ini sasaran pihaknya adalah 30 peratus.

Pameran itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Elizabeth Tan, Datuk Hattan, Aiman Tino, Yabang Khalifah dan Mat Dan. - UTUSAN ONLINE