Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, pemain industri dan agensi kerajaan digesa mendapat penarafan tersebut bagi memastikan setiap projek mematuhi dan mengikut piawaian dalam memelihara sistem ekologi serta pemeliharaan alam sekitar.

Malah katanya, penarafan tersebut juga dapat memastikan projek yang mampan diwujudkan dan dapat mengimbangi kesan terhadap persekitaran, sosial dan ekonomi.

“Penarafan ini dibangunkan oleh pihak yang terlibat dalam industri untuk industri.Setiap projek akan dinilai menerusi enam kriteria antaranya, sosial; penggunaan bahan; kesan ekologi dan persekitaran serta tapak projek.

“Kami mahu ‘Sustainability INFRASTAR ‘ diwajibkan kepada pemain industri pada masa hadapan,” katanya selepas merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2019 (ICW 2019) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE