Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

50 pra-sekolah di SJKT akan dibina seluruh negara tahun ini - S. Subramaniam

Pra-SJKT
GAMBAR fail Utusan Online bertarikh 3 Februari 2014 menunjukkan sesi pembelajaran yang sedang berlangsaung di salah sebuah SJKT. - UTUSAN ONLINE

BANGI 26 Mac - Lima puluh pra-sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan dibina di seluruh negara tahun ini dan dijangka siap pada pertengahan 2018, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, langkah ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan pendidikan awal kepada murid-murid kaum India sebelum memasuki tahun satu.

Dr. Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan berkata, projek pembinaan itu diharap bermula hujung tahun ini dengan peruntukan RM10 juta yang telah disediakan kerajaan Pusat.

"Kerja-kerja mengenalpasti tanah, kontraktor dan sebagainya sedang dijalankan," katanya selepas merasmikan bangunan baharu dan majalah SJKT Bangi di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, dan guru besar sekolah berkenaan, S. Thanaseelan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain