Menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri, langkah tersebut untuk meringankan beban rakyat berpendapatan rendah yang terlibat dalam skim berkenaan. 

Katanya, kadar premium itu ditetapkan sebanyak RM2,500 berbanding kadar asal RM5,000. 

"Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari melihat keperluan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah yang telah ditawarkan lot-lot skim itu di seluruh Sarawak selepas melawat ke Kampung Maludam dan Kampung Kuala Igan semalam.

"Sembilan SPS iaitu Stampin Fasa 1, Stampin Fasa 2, Stampin Fasa 3, Batu Kawa 2 ½ Fasa 1, Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Stage I, Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Stage II (muslim), Batu Kawa 4 ½ Fasa 2 Stage II (bukan Islam), Batu Kawa 4 ½ Fasa 3 dan Stapok," jelas kenyataan itu.

Tambahnya, sembilan SPS itu melibatkan 2,834 lot kediaman yang memberi implikasi kewangan berjumlah RM7.085 juta kepada kerajaan.

Menurutnya, kerajaan juga bersetuju untuk membayar balik premium yang telah dibayar melebihi RM2,500.

"Permohonan pembayaran balik premium hendaklah dibuat selewat- lewatnya pada 31 Oktober tahun ini dan pertimbangan hanya akan diberikan kepada penerima umpuk (allottee) asal sahaja.

"Lot-lot yang telah dipindah milik tidak akan dipertimbangkan kecuali berlaku dalam keadaan kepada pemegang surat kuasa mentadbir atau atas dasar kasih sayang di kalangan ahli keluarga terdekat," ujarnya.

Menurutnya, permohonan boleh dibuat kepada Jabatan Tanah dan Survei untuk menyelesaikan pembayaran premium secara ansuran selama 10 tahun dalam 10 ansuran.-UTUSAN ONLINE