Sumbangan tersebut disampaikan oleh isteri Tengku Temenggong Kelantan, Puan Sri Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merangkap Pengerusi Yanas. 


Setiausaha Yanas, Mohd. Affendi Mohd. Amin berkata, seramai 150 penerima dari jajahan ini menerima sumbangan tersebut yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah.


“Besar harapan kami agar, sumbangan ini meringankan beban pelajar-pelajar ini untuk memulakan sesi persekolahan baharu awal tahun depan,”katanya kepada Utusan Malaysia di Dewan Pejabat Tanah dan Galian Pasir Mas di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE.