Presiden Persa­tuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Aliasak Ambia berkata, hal itu kerana pulangan keuntungan yang tidak setimpal menyebabkan 500,1600 hektar ta­naman getah matang tidak ditoreh ketika ini.

ALIASAK AMBIA
ALIASAK AMBIA 

“Isu ini menyebabkan kadar pengeluaran getah dalam negara berkurangan sehingga kita terpaksa import 305,721 tan metrik susu getah dari luar negara dengan perbelanjaan hampir RM7 bilion pada 2017.

“Sebelum ini Malaysia ber­ada di kedudukan teratas di dunia sebagai negara pengeluar getah tetapi sekarang ini kita sudah jatuh ke kedudukan keenam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Aliasak, antara faktor lain yang me­nyebabkan masalah itu berlaku adalah kekurangan jumlah penoreh getah untuk menampung permintaan industri.

Katanya, dalam keadaan harga komoditi yang semakin menurun, sukar bagi penoreh dan pemilik kebun getah untuk memperoleh hasil yang lumayan sehingga menyebabkan mereka terpaksa menjana pendapatan dengan cara berniaga kecil-kecilan.

“Sebelum ini kita banyak bergantung kepada penoreh yang terdiri daripada pekerja asing tetapi mereka ini tidak menoreh mengikut cara yang betul sehingga menyebabkan jangka hayat pokok getah menjadi singkat.

“Hal ini menyebabkan pemilik kebun getah mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk melakukan tanam semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Aliasak berkata, kerajaan perlu mewujudkan sistem buruh untuk menguruskan industri getah termasuk memastikan setiap penoreh yang terdiri daripada pekerja asing mempunyai kemahiran khusus untuk menoreh.