Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharudin Sharif ketika dihubungi memberitahu, daripada jumlah itu, seramai 49,988 calon menduduki ujian tersebut di sekolah-sekolah manakala 16 calon lagi adalah persendirian.

Jumlah calon paling ramai adalah di Pasir Gudang iaitu 9,782 murid diikuti Johor Bahru (9,357); Batu Pahat (6,169); Kulai (4,914); Kluang (4,245); Muar (3,675); Kota Tinggi (2,928); Segamat (2,856); Pontian (2,802); Tangkak (2,048) dan Mersing (1,228). - UTUSAN ONLINE