Melalui program ‘Deepavali Charity Cheer’ bantuan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu dan sumbangan wang sebanyak RM300 diberikan bertujuan untuk meringankan beban keluarga berkenaan bagi membuat persiapan Deepavali.

Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad (Wilayah Tengah), Datuk Hoo Kim See, berkata, inisiatif dan dedikasi seperti ini boleh bantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan dalam masa yang sama boleh menghasilkan masyarakat yang prihatin dengan keadaan sekeliling.

“Hasrat kami adalah untuk sentiasa membantu masyarakat dan tiada yang patut dipinggirkan pada musim perayaan dan sumbangan seperti ini pastinya dapat meringakan beban mereka.

“Pada pandangan saya ini adalah satu tanggungjawap bagi pihak IJM Land untuk membantu mereka yang dalam keadaan susah terutamanya pada musim perayaan seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salah seorang penerima bantuan ialah Orang Kurang Upaya (OKU), Mariamma yang juga mengalami masalah hilang ingatan dan rumahnya telah terputus bekalan elektrik selama tiga tahun.

Menurut Kim See, usaha yang dijalankan adalah seiring dengan tanggungjawap untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat sekitar.

“Kami harap bantuan ini dapat memberikan mereka harapan supaya meneruskan kehidupan harian sama seperti yang lain,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE