Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kesemua mereka diberi tempoh dua minggu untuk menjawab notis tersebut dan sekiranya kementerian tidak berpuas hati dengan penjelasan itu, mereka akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib sebagai langkah akhir sebelum sebarang tindakan lebih keras diambil.

“Siang jadi guru, malam dia naik pentas.

“Sebenarnya ini negara demokrasi. Memang kita tak ada masalah. Tapi masalahnya dia adalah penjawat awam dan tertakluk kepada perintah am. Janganlah sampai menjadi terlalu ekstrim, kenalah beradab sikit,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen Penggunaan Kertas Kitar Semula 100 Peratus di sini hari ini.

Mahdzir menjelaskan, hasil pemantauan juga mendapati beberapa guru berkenaan juga mempunyai jawatan dalam parti pembangkang. - UTUSAN ONLINE