Tertuduh, Muhamad Mustaqim Che Ismail, 31, menghadapi dua pertuduhan dalam Mahkamah Sesyen 1 dan Sesyen 3, manakala Joslin Savantil, 53, pula hadapi dua tuduhan pada Mahkamah Sesyen 1 dan Sesyen 2.

Sementara itu, Hamizam Hamdi Chia, 32, Mohd. Aslan Rasgan, 33 dan Muhammad Noor Faiz Khaliddi, 25, masing-masing satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen 3.

Seorang lagi anggota polis yang ditangkap bersama lima tertuduh sebelum ini, dibebaskan dan dikehendaki menjadi saksi pada perbicaraan nanti.

Kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Afidah Abdul Rahman di Mahkamah Sesyen 1, hakim Timothy Finlayson Joel (Mahkamah Sesyen 2) dan hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad (Mahkamah Sesyen 3).

Ketiga-tiga hakim menetapkan sebutan semula kes pada 25 September depan.

Kes di Mahkamah Sesyen 1 dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fariz Abdul Hamid, Mahkamah Sesyen 2 (Ahmad Fariz dan Haresh Prakar), manakala Mahkamah Sesyen 3 (Nor Azahari Yusof).

Kesemua tertuduh diwakili peguam, Shankar Ram Asnani kecuali Muhammad Noor Faiz diwakili Hani Iryani Bonay.

Sebelum ini, akhbar melaporkan enam anggota polis termasuk seorang pegawai berpangkat Inspektor telah ditahan pada 8 , 9 dan 14 Ogos lalu bagi membantu siasatan berhubung tiga kes peras ugut membabitkan tiga ahli perniagaan di Sematan, Lundu serta Batu Kawa dan Sekama di sini. - UTUSAN ONLINE