Ketua Pegawai Eksekutif Me­laka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan pengunjung terutama sempena cuti hujung minggu.

Katanya, program julung kali itu turut dimeriahkan de­ngan Mini [email protected] Wonder­land yang membariskan artis-artis terkenal tanah air terma­suk Sufian Suhaimi, Ani Mayuni, Roslan Shah, Zynakal dan Adzrin.

“Orang ramai mula meme­nuhi taman tema ini seawal pukul 9 pagi untuk merasai kemeriahan program serta peluang bersemuka dengan artis kesayangan mereka.

“Kita harap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang dan mahu kerjasama erat dengan Kumpulan Utusan diteruskan,” kata­nya ketika ditemui di sini.

Yang hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Mohd. Azmi Othman; Pengurus Kanan Undang-undang/Kesetiausahaan Kumpulan Utusan, Hanisah Hamzah; Pengurus Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan, Hazura Ahmad Halil dan Pengurus Kanan Mediamony Sdn. Bhd., V. Kumar.

Selain menyaksikan persembahan artis, pengunjung turut diberi peluang memenangi ha­diah menarik dalam cabutan bertuah, pertandi­ngan mewarna kanak-kanak, pertandingan swafoto, karaoke santai dan mini studio.

Tambah Cheng Swee, pihak­nya berharap lebih ramai pe­ngunjung hadir ke taman tema tersebut sempena musim cuti sekolah atau hujung minggu kerana terdapat beberapa tarikan baharu akan diperkenalkan kepada pengunjung tidak lama lagi.

“Kita juga merancang me­nganjurkan program Countdown 2019 pada 31 Disember ini dengan pelbagai aktiviti menarik,” ujarnya.