Majlis yang turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berjaya menarik perhatian golongan belia untuk turut sama menimba ilmu agama bersama pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias atau nama sebenarnya, Datuk Muhammad Kazim Elias.

Kepetahan Ustaz Kazim dalam menyampaikan ceramah agama bertajuk Berkatkah Hi­dup Kita sambil dise­langi nasihat dan jenaka berjaya memukau kehadiran yang tidak berganjak sejak majlis itu bermula pada pukul 8.30 malam.

Selepas berlangsung selama sejam, program agama berkenaan turut diserikan dengan persembahan artis undangan dari Indonesia, Opick yang menyampaikan beberapa buah lagu sebelum majlis tamat pada pukul 11 malam.

KUD 2015 berlangsung selama lima hari telah membuka tirai hari ini dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara program diadakan sepanjang KUD 2015 adalah pameran usahawan, gerai jualan daripada usahawan desa dan persembahan artis tempatan.