Majlis sambutan diketuai Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan isteri, Datin Seri Ismalina Ismail yang dilihat tidak ‘menang tangan’ melayan kunjungan para tetamu yang tidak putus-putus sejak pukul 10.30 pagi tadi.

Hadir sama beberapa pemimpin UMNO negeri termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin; bekas ADUN Bertam, Shariful Azhar Othman serta ADUN Bertam ketika ini, Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq daripada Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Turut hadir Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor serta beberapa tetamu lain khususnya pemimpin beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MIC dan Gerakan.

Selain menikmati pelbagai juadah yang menyelerakan, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung oleh sebuah band muzik tempatan, Sela Band. - UTUSAN ONLINE