Majlis tahunan yang diadakan sebagai tanda penghormatan dan mengiktiraf kejayaan putera menamatkan tempoh pengajian selama dua tahun telah pun disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum.

Sejumlah 231 putera MTD dinobatkan sebagai Old Putera (OP) dan kini bakal meneruskan pengajian ke universiti setelah menamatkan sesi pengajian peringkat menengah dengan jayanya.

Uniknya perbarisan tahun ini kesemua putera terlibat memakai 'parade jaket' sebagai pakaian istiadat perbarisan  buat pertama kalinya  dalam sejarah kerana sebelumnya putera memakai pakaian nombor tiga dalam kawad. 

Selain perbarisan, majlis sama turut menyaksikan empat putera menerima hadiah hasil kejayaan dalam kategori Padang Kawad yang dipertandingkan.

Putera Ilman Hakim Azan wakil dari Kompeni Charlie menerima Hadiah Menteri Pertahanan; Muhamad Alifzal Ismawi (Hadiah Komandan); Muhammad Amirul Shafiq Suwito (Hadiah Pengarah Pengajian) dan David Lee Teck Wei menerima Hadiah Lembaga Tadbir.

Selain kategori Padang Kawad,  sembilan putera turut dipilih sebagai pemenang Kategori Wisma Putera serta Kompeni Terbaik Tahun  2017 menjadi milik Kompeni Golf. -UTUSAN ONLINE