Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

46,461 calon UPKK peroleh keputusan 8A

JAMIL KHIR BAHAROM (kanan) bersama Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) dan Othman Mustapha (dua dari kanan) m
JAMIL KHIR BAHAROM (kanan) bersama Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) dan Othman Mustapha (dua dari kanan) melihat keputusan murid cemerlang Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), Muhammad Uwais Mohd. Nor Azam yang mendapat 8A semasa melancarkan semakan keputusan UPKK 2016 secara online dan SMS di Kompleks Islam Putrajaya, semalam. – UTUSAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 15 Feb. - Sebanyak 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) di seluruh negara tahun lalu berjaya mencatatkan keputusan 8A.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding dua tahun lalu yang menyaksikan 37,271 calon mendapat 8A.

Selain itu, beliau berkata, tiada dalam kalangan 194,258 keseluruhan calon yang menduduki UPKK pada tahun lepas mendapat keputusan D bagi semua mata pelajaran.

“Pencapaian keseluruhan UPKK 2016 mencatatkan kelulusan 100 peratus. Ini bermakna UPKK mencatatkan kelulusan 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut.

“Ini adalah satu pencapaian yang baik dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar, tenaga pengajar dan ibu bapa yang terlibat,” katanya ketika mengumumkan analisis keputus­an UPKK 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.

UPKK melibatkan lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, Bidang al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Pelajaran Jawi, Sirah, Adab (Akhlak Islamiah) dan Lughatul Quran (Bahasa Arab).

Mengulas lanjut, Jamil Khir berkata, sebanyak 22,572 calon memperoleh keputusan 7A, 21,774 mendapat 6A, 21,400 (5A), 18,260 (4A), 23,359 (3A), 14,953 (2A), 9,731 (1A) dan 15,748 calon tidak memperoleh sebarang A.

Katanya, mulai tahun ini, murid yang menduduki UPKK boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui dua cara iaitu secara online di semakan.islam.gov.my dan juga menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), mySMS 15888 bermula hari ini sehingga 11 pagi 21 Februari depan.

“Calon juga boleh mendapat pernyataan keputusan peperiksaan UPKK mulai hari ini di sekolah masing-masing,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain