Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, usaha itu sekali gus akan meningkatkan pengeluaran durian bagi memenuhi permintaan tempatan dan eksport yang tinggi.

Menurut Pehimi, sekiranya berhasil projek pemulihan dusun mampu memberi pulangan lebih RM50 juta dalam tempoh 20 tahun.

Menerusi projek berfasa itu, pemilik  akan dibekalkan dengan sulaman anak pokok durian klon D197, D200 dan D168 diikuti cantuman dewasa bagi pokok yang kurang aktif.

Katanya, kawasan dusun lama berusia antara 20 dan melebihi 80 tahun itu mempunyai tanaman campuran  pelbagai jenis durian, dokong, sambutan dan manggis.

"Menerusi projek pemulihan,  hasil durian  mampu ditingkatkan kepada 7.2 tan metrik sehektar," katanya selepas Sesi 'Engagement' dengan peserta projek di Kampung Tok Raja, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pertanian negeri, Zulkifli Harun dan Pegawai Pertanian setiap daerah.

Katanya, menerusi projek itu nanti pendapatan pemilik kebun 0.7 hektar  akan meningkat daripada RM35,000 kepada RM50,400 semusim.

Pehimi berkata, pemilihan kelompok Tok Raja itu  ekoran kawasan itu merupakan dusun tradisi yang strategik kerana berhampiran dengan bandar Jerteh, Kampung Raja dan Kuala Besut.

"Bagi membantu pemilik durian mencapai hasrat tersebut baja NPK Biru akan diagihkan.

"Dengan cara ini juga akan mewujudkan  kebun yang berkonsepkan agro pelancongan." ujarnya. - UTUSAN ONLINE